top of page
Search

LAWATAN PENJARA TAIPING




13 feb 2018 - RM Holding


Syarikat RM Holding Sdn. Bhd telah menerima satu kunjungan hormat dari Jabatan Penjara Malaysia Taiping yang diwakili oleh 2 orang pegawai iaitu TPP Azman b.Hussain

(Penyelia PPS Taiping) dan SP Shah Rizal bin Ahmad

(Pegawai PPS Taiping) untuk membincangkan berkenaan dengan Program Pemulihan Semula (PPS) yang dijalankan oleh syarikat RM Holding Sdn.Bhd.


Perbincangan dan penerangan ini dilakukan oleh Pengarah Syarikat Dato’ Sri Mohd Rosli Bin Ani (DSMR) sendiri di ibu pejabat RM Holding Sdn. Bhd. dan ditemani oleh En Mazli b. Haji Saring selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.


Difahamkan bahawa Penjara Taiping telahpun menjalankan program seakan program PPS yang diberinama Program Parol dimana penghuni penjara akan diawasi selamamana mereka didalam tahanan. Namun, selepas mereka dibebaskan dari hukuman. kebanyakan antara mereka terjebak semula dalam melakukan kesalahan undang-undang yang kebanyakannya melibatkan kes penyalahan penggunaan dadah dimana mereka ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara semula.


Selepas mereka mendapat pencerahan berkenaan dengan program yang dijalankkan oleh DSMR, mereka mengatakan bahawa program ini mampu membantu mereka dalam mengurangkan kemasukan semula pesalah-pesalah ini kedalam penjara kerana program ini menawarkan peluang kedua kepada mereka untuk membina kehidupan yang baru dan lebih baik.


Selain itu mereka juga menyampaikan hasrat untuk menjalinkan hubungan antara Penjara Taiping bersama syarikat RM dalam mencipta masa hadapan yang lebih baik dan menawarkan program PPS ini kepada penghuni-penghuni penjara taiping.




 
 
 

Comments


RM HOLDING SDN BHD (13353311-K)

A-01-08, Blok A, Pangsapuri Putra, Persiaran Putra Permai Selesa, 43300, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

03-89574128

PROGRAM PEMULIHAN SEMULA (PPS).

bottom of page