

Program Pemulihan Semula (PPS)
Committed to Quality
Idea Program Pemulihan/Penempatan Semula (PPS) ini lahir melalui perbincangan dan persetujuan bersama di antara pihak syarikat Ros Mawar Holding Sdn. Bhd. dengan pihak Jabatan Penjara Malaysia & penasihat Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3) Malaysia.
​
Program ini akan menjadi contoh terbaik kepada kewujudan kerjasama erat yang terjalin di antara sektor kerajaan, swasta dan agensi bukan kerajaan di negara kita.
​
Selain itu, program ini juga bakal memberikan pendedahan dan membina keyakinan masyarakat terhadap isu semasa negara.
​
Sehubungan dengan itu, program ini secara tidak langsung dapat menyahut aspirasi kerajaan dalam membentuk sosiobudaya masyarakat yang jitu dan tinggi sahsiah diri, serta dapat memberikan input penting yang sentiasa menjadi nilai tambah kepada masyarakat secara amnya.
